Menurut kamus dewan edisi ke-3, hiburan
bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu
menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. Hiburan
kebiasaannya dan selalu dikaitkan dengan remaja atau belia. Namun, persoalannya
di sini adakah hiburan dapat memberi kesan positif atau negatif kepada
masyarakat secara amnya dan golongan belia khususnya berikutan dengan kemajuan
teknologi negara masa kini.
Pada era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan
lagi bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya menggunakan
hujung jari sahaja dengan menggunakan teknologi yang ada sekarang seperti
komputer, telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan meliputi skop yang sangat luas
untuk dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui muzik, filem, tarian,
‘games’ dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus atau berminat menggunakan masa
yang terluang dengan menggunakan hiburan apabila memerlukan ketenangan. Tidak
dapat disangkal lagi, tanpa sesuatu yang boleh menjadi penghibur, hidup
dirasakan kosong, lesu dan penuh dengan kebosanan. Malah hiburan di katakan
amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang lebih mementingkan gaya
hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan teknologi untuk mendapatkan
sumber hiburan.
Selalunya apabila disebut tentang hiburan pasti
akan tergambar di fikiran hanya tentang muzik dan filem. Muzik (jazz, pop,
rock, blues, rapp, dangdut, poprock dan agogo) dan filem juga merupakan salah
satu hiburan yang utama iaitu mampu memberi impak yang ‘pro’ dan ‘kontra’ kepada
belia atau remaja berdasarkan cara penerimaan dan penggunaan hiburan tersebut.
Misalnya, jika dilihat dari aspek positif, ada di antara pelajar sendiri yang
telah menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran.
Cuba kita tinjau dari aspek sejarah, manusia didapati lebih berpotensi untuk
mencapai apa yang diingini jika seseorang melakukan perkara tersebut di dalam
keadaan gembira dan tenang. Secara tidak langsung, muzik dan filem sama ada di
televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada
masyarakat terutamanya belia.
Pada asalnya, teknologi terkini yang menampung
evolusi hiburan yang meluasnya terutama dari filem dan muzik secara khususnya
adalah bertujuan untuk memberi faedah kepada masyarakat iaitu sebagai penghibur
dan menambahkan suasana ceria. Tetapi pada masa kini, golongan belia telah
menjadikan tujuannya amat menyimpang dan membawa kepada kesan yang negatif
akibat daripada perkembangan teknologi yang sangat pesat. Seperti yang kita sedia
maklum golongan belia ini mudah untuk terdorong melakukan atau mencuba sesuatu
yang baru. Kemunculan teknologi yang canggih seperti satelit, televisyen,
wayang gambar, ‘video player’ dan sebagainya telah memudahkan lagi para belia
mendapatkan hiburan yang boleh menjurus kepada perkara-perkara negatif
berbanding positif.
pastikan anda memasukkan link sekiranya isi kandungan blog ini diambil dari blog lain
ReplyDeletePoker Tables | GoyangFC Casino
ReplyDeletePoker Tables at GoyangC is the perfect venue to host your event with 스마일 토토 your 넷텔러 friends. 윈 조이 포커 시세 With an extensive roster of games, the GoyangC is a 벳인포스포츠토토분석 very 윌리엄힐