Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali
menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik,
bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi
hukum-hukum syara’.
GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM
1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang
mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah
seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW,
melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga
tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.
Allah SWT
memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan
firmannya :
“Sesungguhnya
hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya
– supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah
engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman
kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa
(16).
( Taaha :
15-16)
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan
hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain
terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut
ilmu dan sebagainya.
ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة
فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم
تؤت كبيرة، وذلك الدهر
كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu
solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku’nya
melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak
mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya.
( HR Muslim)
3- Tidak ada muzik / nyanyian yang
disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti
membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau,
luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong
pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi
berdasarkan firman Allah seperti berikut :
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia
(lagha), mereka berpaling daripadanya,
( Al Qasas : 55)
إن الله كتب على ابن آدم حظّه من الزنا
أدرك ذلك لا محالة. فزنا العين النظر وزنا اللسان النطق والنفس تتمنى وتشتهى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.
Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian
seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah
memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj
(kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.
(HR Bukhari dan Muslim)
4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau
dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga
penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak)
menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5- Penyanyi, pembuat
persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan
gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara
lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar /
penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam
keadaan ini ianya tetap menjadi haram.
Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup
aurat :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
( Al A’raf : 26)
Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita
yang tidak menutup aurat mereka :
إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ
عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا
Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang
memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan.
Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.
(HR Muslim)
إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل
بها البلاء … منهن…. واتخذت القينات والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب – خلاصة
الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] – المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب
والترهيب – الصفحة أو الرقم: 4/75
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka
layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai
menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan
(muzik). …
(HR Tarmidzi)
6- Hendaklah dipastikan tiada
percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had
hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis
tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /
lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
Rasulullah saw bersabda dalam hal
pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:
لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد
خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan
sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak
halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)
7- Penyanyi tersebut
hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita
manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah
wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi
mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan
manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT :
Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata
dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian
boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh
tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik
(sesuai dan sopan).
(Al Ahzab : 32)
Dan Rasulullah SAW juga bersabda :
عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول
الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على
رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw
bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya
dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh
penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi
dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.
(HR Ibnu Majah)
HIBURAN YANG DITETAPKAN DALAM ISLAM
Program hiburan
- Bermatlamatkan kebaikan dan
kesejahteraan.
- Diadakan
di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan
orang ramai.
- Mengambil
kira masa yang bersesuaian dengan sensitivity masyarakat dan ajaran Islam.
- Tidak
disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
- Tidak
mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap
prejudis atau permusuhan.
- Tidak
mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan
ajaran Islam.
Persembahan muzik
- Tidak
menimbulkan gerak-geri liar.
- Tidak
mendorang kepada perbuatan maksiat
- Tidak
melalaikan.
Lirik
- Kalimah
syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disemurnakan.
- Tidak
mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan
lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa.
- Tidak
mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
- Tidak
mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggarkan adab kesopanan dalam
Islam.
- Tidak
mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
- Tidak
mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya
- Tidak
boleh dijadikan teks Al-Quran sebagai lirik.
Persembahan artis
- Berinteraksi
dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai
kemanusiaan.
- Berpakaian
kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri
kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam
- Tidak
melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong
kepada maksiat dan menghina Islam.
- Tidak
mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina
agama Islam.
Persembahan tarian
- Berpakaian
kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri
kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
- Gerak
tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah
- Tidak
boleh percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan
fitnah
- Tidak
bertujuan pemujaan atau penyembahan
- Tidak
dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
PERINGATAN
Syaitan selalunya mengambil peluang dari
hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT
berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan
hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang
berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak
berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama
Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab
yang menghinakan”.
Bertitik-tolak dari itulah, satu
garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang
digariskan Islam itu dapat direalitikan.