Tidak dapat
dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral
di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan
hiburan daripada maklumat.
Tayangan-tayangan filem Barat dan
lucah contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa
masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi,
apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan
meniru stail dan aksi artis pujaan mereka.
Natijahnya wujudlah budaya ‘punk’,
bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi
pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan
kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari identiti diri seterusnya
terlibat dalam gejala hedonisme ini.
Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara Barat dan k-pop
yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat,
terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan
idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka
berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat
seperti peluk memeluk minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan
muda-mudi.
PUNCA-PUNCA LAIN
Faktor remaja itu sendiri
Tekanan dalam pelajaran
o Secara purata, setiap pelajar mempunyai 8 hingga 10 subjek
untuk belajar bagi peperiksaan, mahupun peperiksaan di sekolah, UPSR, PMR, SPM
ataupun STPM.
o Selain itu, sesetengah pelajar menghadiri kelas tambahan dan
kelas tuisyen dan mempunyai kerja yang diperuntukkan oleh guru tuisyen.
Tekanan daripada ibu bapa yang suka mengongkong
o Bukan salah ibu bapa untuk mengambil tahu tentang aktiviti
seharian anak-anak tetapi jika ibu bapa terlalu mengongkong, anak-anak akan
berasa kekurangan kebebasan dan privasi untuk melakukan perkara yang
diminati.
o Sesetengah remaja tidak tahan akan ibu bapa mereka dan berfikir
untuk melarikan diri dari rumah.
Sikap ingin mencuba
o Contohnya, sekiranya remaja itu mula merokok,
lama-kelamaan dia akan mula mencuba dadah dan akan menjadi seorang penagih
dadah.
o Kalau perkara tersebut menjadi serius, remaja itu akan
mencederakan keluarganya, orang lain serta mencuri untuk mendapatkan wang
membeli dadah.
Media massa
o Pada zaman perkembangan ICT yang luas ini, ICT tersebut memainkan
peranan yang penting kerana ia bersifat secara globalisasi.
o Sebagai contoh, internet dapat mewujudkan satu perhubungan antara
negara-negara, secara tidak langsung seseorang remaja terdedah kepada pengaruh
kebudayaan luar negara atau negara asing.
o Selain itu, penapisan media yang kurang tegas. Contohnya, filem
negara asing yang mempunyai unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada penapisan
yang tegas dilaksanakan, maka masalah sosial seperti vandalisme dan
gangsterisme akan berleluasa di negara kita.
Faktor Ibu Bapa
Ø Ibu bapa yang bersifat materialistik sibuk mengejar kemewahan sehingga
mengabaikan anak mereka terutamanya remaja pada hari ini. Remaja yang kurang
mendapat perhatian daripada ibu bapanya akan melakukan perkara maksiat kerana
mereka menganggap bahawa mereka tidak dikongkong oleh ibu bapanya dan dapat
melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hati.
Faktor Latar Belakang
Kebanyakan remaja yang berasal dari keluarga berada selalunya
membazirkan masa dan wang ibu bapanya dalam perkara yang sia-sia.
Ø Contohnya, melayari internet di siber kafe, melepak di pusat hiburan
dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai wang saku yang
berlebihan.
Ø Sebaliknya, golongan miskin akan memikirkan cara perbelanjaan dan
mereka akan menggunakan wang tersebut dengan bermanfaat. Tuntasnya, latar
belakang yang berbeza yang dapat menentukan ahklak seseorang.
Keadaan Keluarga Yang Tidak Harmoni
Ø Ibu bapa yang selalu bergaduh akan menyebabkan pertumbuhan mental anak
mereka menjadi tidak seimbang.
Ø Sebagai akibatnya, berlakunya kes-kes gangsterlisme, vandalisme, kes
penderaan dan sebagainya.
Ø Masalah penceraian ibu bapa juga faktor yang menjadikan seseorang
remaja silap menjejaki kaki dalam perbuatan negatif.
Kekurangan Ajaran Agama
Ø Agama merupakan ajaran bagi seseorang insan untuk berlakuan
baik.
Ø Namun, keluarga pada zaman kini kurang mementingkan ajaran agama.
Ø Sebagai kesannya, remaja tidak mempunyai jati diri dan kurang berhemah
tinggi kerana mereka tidak mengamalkan pengajaran agama.
Ø Sebagai contoh, remaja kini kurang menghormati orang tua dan selalunya
melakukan perbuatan negatif di luar jangkaan.
Pengaruh Rakan Sebaya
Ø Hal ini adalah kebenaran kerana rakan sebaya merupakan golongan
umur yang paling dekat.
Ø Jadi kebanyakan mereka mempunyai ideologi yang sama dan ‘sense
of belonging’ yang kuat dalam kalangan mereka.
Ø Sebagai contoh, jika seseorang yang berkawan dengan rakan
negatif yang memujuk untuk menyertai kegiatan haram seperti menagih dadah dan
perlumbaan haram, jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang
kuat, maka dia akan mudah terpengaruh oleh rakan negatif.
Faktor pihak sekolah yang kurang memberi perhatian kepada pelajar.
§ Sesetengah guru yang cuma memberi perhatian kepada pelajar
cemerlang dan tidak mempedulikan pelajar yang lemah dalam pelajaran.
§ Guru menganggap bahawa pelajar yang lemah, tidak akan maju dalam
pelajaran dan cuma akan membuang masa mengajar pelajar sebegini.
§ Guru kaunseling tidak memberi bantuan kaunseling yang patut
diberikan pada pelajar bermasalah disiplin.
No comments:
Post a Comment