Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang
sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan
kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang
tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan
tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan
Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan
kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan
Sunnah Rasul SAW.
Dari penelitian yang dilakukan, kebanyakan gejala
sosial dalam komuniti mula berlaku di peringkat usia remaja dan juga semasa
anak-anak di bangku persekolahan. Masalah ini perlu dilihat dalam konteks mata
rantai. Di mana ia tidak akan terjadi sekiranya golongan dewasa tidak
memulakannya. Perlakuan orang dewasa atau ibu bapa kepada anak-anak akan mudah
dicontohi oleh anak-anak.
Pengawasan yang tidak berlaku di peringkat orang
dewasa menjadikan anak-anak terjebak ke kancah maksiat. Pemantauan di peringkat
pusat kuasa yang tidak berlaku secara serius telah menjadi pemangkin kepada
permasalahan sosial tidak berpenghujung dengan noktah penurunan, bahkan graf
terus meningkat naik setiap tahun.
No comments:
Post a Comment