Terdapat pelbagai bentuk gejala sosial yang berlaku
di dalam Malaysia, tidak kira berlaku di kawasan luar bandar ataupun di kawasan
bandar. Gejala ini merebak dan menyerang tiap pelosok tempat tanpa mengira
umur, bangsa dan agama.
Penyalahgunaan Dadah
Penyalahgunaan
dadah bermaksud penggunaan dadah dengan tujuan yang salah terutama jika
penggunaannya menjejaskan sistem urat saraf. Penyalahgunaan dadah merupakan
masalah utama Negara. Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bagi
mengatasi masalah ini yang begitu ketara melanda masyarakat Melayu Islam.
Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dalam tempoh 1996-1997 penagih baru yang
dikesan adalah dari kalangan mereka yang berkelulusan PMR dan SPM.
Antara Januari hingga Jun 1997 menunjukkan peratus mereka yang mula menagih
dadah sebanyak 4% bagi mereka yang tidak bersekolah, 23.9% mereka yang
bersekolah rendah, 48.6% dari mereka yang berkelulusan SRP/LCE/PMR, 22% yang
berkelulusan SPM/MCE/SPVM, 0.7% yang berkelulusan STP/HSC/STPM, 0.7% yang
mempunyai diploma/ijazah dan 0.1% yang lain-lain. Mereka yang berkelulusan
SRP/LCE/PMR merupakan golongan yang terbesar sekali menagih dadah.
Statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) menunjukkan sebanyak 4813 penagih baru
dan 5778 kes berulang dicatatkan di seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga
Mei tahun 2001. Kemudiannya seramai 60 penagih baru dikesan setiap hari turut
menggambarkan betapa kritikalnya gejala penagihan dadah.
Gangster
Kebanyakan kes gengsterisme melibatkan kecederaan yang serius dan boleh
mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda awam dan sebagainya. Kes-kes
mengenai gengsterisme ini peratus tertingginya adalah melibatkan golongan
remaja. Di Kuala Lumpur sekumpulan remaja berusia 16-17 tahun yang tercicir
daripada persekolahan telah menubuhkan kumpulan samun. Kumpulan tersebut
bergerak selepas jam 12 malam hingga awal pagi dengan menggunakan motosikal dan
membuat tinjauan di sesuatu kawasan perumahan dan tempat awam sebelum meragut
mangsa terutama mereka yang berjalan bersendirian di tempat sunyi.
Pada 6 Ogos 2004 Utusan Malaysia melaporkan seorang kerani wanita mati
dilanggar selepas bertengkar dalam nahas kecil. Dia mati dilanggar ole sebuah
kereta Proton Waja yang menggunakan nombor pendaftaran motosikal Modenas
selepas dikatakan bertengkar dengan pemandu kereta terbabit iaitu seorang
lelaki berusia dalam 20-an ekoran kemalangan kecil tersebut. Kejadian ini
merupakan satu contoh mudah bagaimana budaya samseng berleluasa masa kini.
Melepak
Lepak merupakan satu
aktiviti membuang masa secara mundar-mandir dan bersiar-siar tanpa sebarang
arah tuju. Pada kebiasaannya ia berlaku dalam kelompok sekurang-kurangnya dua
orang. Waktu lepak tidak terikat dengan waktu, baik siang atau malam.
Kelompoknya juga terbuka kepada golongan remaja di kaki lima atau golongan tua
di kedai-kedai kopi. Besar kemungkinan mereka memilih melepak sebagai
satu cara untuk lari daripada tekanan hidup. Ada juga yang melepak untuk sekadar
bersenang-senang dengan kawan. Bagi golongan tua, besar kemungkinan untuk
melepaskan penat badan dan melapangkan fikiran setelah penat bekerja.
Budaya ini adalah suatu
perbuatan yang negatif dan tidak produktif. Sekalipun ia bukan merupakan kes
jenayah pada masa kini, tetapi tidak mustahil akan merupakan salah satu punca
berlaku masalah sosial di masa akan datang. Kehidupan remaja yang inginkan
keseronokan dengan melepak di pusat membeli belah dan pusat hiburan tidak
mustahil akan menjerumuskan mereka ke kancah masalah sosial yang lebih besar
seperti dadah, khalwat, perlumbaan haram dan sebagainya.
Khalwat
Khalwat
dalam bahasa Arab bermaksud perihal perbuatan mengasingkan atau memencilkan
diri (menenangkan fikiran dengan bertafakur dan lain-lain). Makna kedua pula
ialah berdua-duaan di tempat terpencil atau tersembunyi antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram dan bukan pula suami isteri yang boleh dianggap
sebagai satu perbuatan yang sumbang.
Khalwat yang
dimaksudkan sebagai masalah sosial di sini ialah khalwat dengan mengasingkan
diri di tempat yang sunyi antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan
boleh menimbulkan fitnah. Ia merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam
Islam. Ini kerana ia merupakan permulaan kepada perzinaan. Pengharaman zina
bukan setakat perbuatan itu, tetapi perilaku yang berupa mukadimah kepadanya
juga. Kegiatan khalwat merupakan lanjutan daripada pergaulan bebas dan
percampuran lelaki dan perempuan tanpa tujuan yang baik. Biasanya perbuatan ini
tidak berakhir begitu sahaja bahkan akan mendorong kepada perkara buruk yang
lain seperti seks bebas dan bersekedudukan tanpa sah Apabila ini berlaku,
kejadian seperti pembuangan bayi kerana kelahiran yang tidak dirancang akan
terjadi.
Minum Arak
Minum arak, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak adalah diharamkan oleh
Islam. Namun perbuatan ini dilihat sebagai suatu yang remeh oleh masyarakat
hari ini. Kegiatan ini bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada peminumnya
tetapi juga kepada keluarga dan orang lain. Seseorang kaki minum akan melupakan
tanggungjawab terhadap keluarga malah terjebak kepada masalah keganasan
rumahtangga dan penganiayaan terhadap anak-anak.
Lari Dari Rumah
Masalah
anak-anak lari dari rumah adalah berkaitan rapat dengan kepincangan dalam
mengendalikan rumahtangga. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan di luar
untuk mencari keseronokan kerana apabila berada di rumah mereka sering
terkongkong akibat persekitaran rumah yang sempit, adik beradik yang ramai atau
dimarahi ibu bapa. Tidak kurang juga sebab mereka lari adalah kerana kemiskinan
keluarga, pergaduhan ibu bapa, pengaruh filem dan lain-lain.
Menurut
Berita Harian, kes lari dari rumah telah menjadi semakin serius apabila 26,092
orang telah dilaporkan hilang dalam tempoh 1990-1996 dan kebanyakannya adalah
remaja. Satu petunjuk yang mengejutkan telah menunjukkan bahawa bilangan remaja
Melayu lari dari rumah adalah lebih tinggi jika dibandingkan daripada kaum-kaum
yang lain.
Gejala Bohsia
Perkataan
bohsia berasal dari perkataan Hokkien yang bererti tanpa bunyi. Oleh kerana
aktiviti maksiat itu berlaku dalam gelap dan sunyi maka ia disebut awek bohsia.
Mereka ini terdiri daripada gadis-gadis belasan tahun yang berumur dalam
lingkungan 13-17 tahun. Asalnya aktiviti mereka ialah menggoda remaja mat-mat
motor untuk berseronok-seronok. Mereka bergaul bebas sesama mereka untuk
bersuka-suka dan melakukan hubungan seks atau minum arak. Ada antara mereka
yang berkongsi lebih dari seorang lelaki bagi memenuhi kepuasan yang diingini.
Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 1994-1995, mendapati 24% remaja berusia
13 tahun hingga 19 tahun pernah melakukan hubungan seks. 18% pernah melakukan
hubungan seks pada peringkat umur 15 hingga 18 tahun.
Pelacuran
Pelacuran
merupakan penyakit sosial yang tertua dalam sejarah peradaban manusia.
Masyarakat moden pada hari ini seolah-olah boleh menerima hakikat bahawa
terlalu mustahil gejala ini dihapuskan. Ini kerana permintaan yang tinggi
terhadap pelacur telah menjadi pemangkin kepada merebaknya gejala ini secara
sukarela mahupun paksaan. Menurut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat
sepanjang tempoh 1993-1996, terdapat sejumlah remaja mengandung luar nikah di
10 buah institusi dimana kira-kira 456 anak luar nikah telah dilahirkan.
Pengkid
Budaya pengkid di mana wanita suka berpakaian dan
berperwatakan seperti lelaki telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang
bersidang pada 23 Oktober lalu. Antara ciri-ciri mereka ialah :
– Tubuh badan dan rambut mereka sama seperti
lelaki.
– Menjalin hubungan dengan wanita sehingga
ada di antara mereka yang bercinta dan melakukan seks.
– Membengkung payudara.
– Suka wanita cantik.
– Menganggap diri seperti lelaki yang boleh
menjaga pasangan terutama apabila diganggu.
Ini adalah ciri-ciri pengkid yang sedikit ada kena
mengena dengan tomboy. Tetapi tomboy ada perasaan terhadap lelaki dan minat
terhadap aktiviti lasak dan mencabar. Di samping ada unsur kasar dan ganas.
No comments:
Post a Comment