Wednesday, 15 February 2017

LANGKAH - LANGKAH MENGATASI


PERANAN INDIVIDU

•   Mendekatkan diri kepada Tuhan.
=  Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
=  Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.
=  Mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin.

•   Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling.
=  Jangan malu untuk berkongsi masalah. Luahkan segala masalah yang dialami.
=  Dapat mengurangkan masalah atau beban yang ditanggung.
=  Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
=  Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka.

•   Tetapkan target atau bina satu azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti.
=  Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu itu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
=  Sentiasa yakin diri bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.

•  Mengamalkan cara hidup yang sihat (positif).
=  Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
=  Melakukan senaman secara sistematik
=  Mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang berkualiti.
=  Menghindari diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya.

PERANAN IBU BAPA

•   Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
•   Ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka.
•   Mereka juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan anak-anak terjebak dalam gejala negatif, aktiviti yang tidak bermoral dan budaya kuning seperti:
=  Black metal
=  Punk
=  Penyalahgunaan dadah
=  Kes membuang bayi dan lain-lain.

•   Mereka berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawalan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.
•   Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa dengan baik. 
•   Mereka harus memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak untuk berjaya.
•   Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan anak-anak dalam pergaulan.
•   Ibu bapa meluangkan banyak masa untuk anak-anak terutamanya pada hujung minggu dan beriadah bersama-sama.
•   Mereka janganlah terlalu taksub degan dunia pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.
•   Mereka harus sentiasa berada di sisi anak-anak ketika anak-anak berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak.


PERANAN KERAJAAN

Pelbagai program dan kempen dijalankan di seluruh pelosok negara Malaysia terutamanya kerajaan Malaysia dengan dibantu oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sama-sama membantu untuk membanteras gejala sosial dari merebak ke dalam masyarakat. Di antara usaha berikut dijalankan ialah :

Anda Bijak Jauhi Zina – RaudhatusSakinah : Komitmen Raudhatus Sakinah untuk membendung gejala zina dalam kalangan generasi muda memang wajar dipuji. Melalui kempen “Anda Bijak Jauhi Zina” yang mereka lancarkan sejak tahun 2007, mereka terus-menerus berusaha memberikan kesedaran, khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta warga belia akan keburukan jenayah zina ini agar tidak membarah dengan lebih dahsyat lagi dalam masyarakat. Dalam menyampaikan mesej murni tersebut, banyak “lubuk” orang muda telah mereka jejaki, manakala puluhan ribu remaja telah dapat mereka santuni bagi menyampaikan mesej ini. Malah, pada tahun 2010, selain kempen Anda Bijak Jauhi Zina yang terus giat dilaksanakan, komitmen ini terus mereka pertingkatkan dengan penganjuran beberapa program berimpak tinggi (high impact) bagi memastikan mesej ini lebih meluas dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Strategi mereka dengan mengundang penyanyi antarabangsa yang cukup popular dewasa ini iaitu Maher Zain untuk mengadakan persembahan khas di Malaysia sambil mempromosikan kesedaran mengenai isu gejala sosial kepada rakyat di negara ini sedikit sebanyak telah mencelikkan mata dan hati banyak pihak mengenai isu zina ini. Selain itu, “Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati” juga telah diadakan pada 31 Disember 2010 yang lalu, yang mana seribu orang anak muda, termasuk mereka yang pernah bersama dalam program Anda Bijak Jauhi Zina telah dihimpunkan kembali untuk bersatu lantas memperbaharui azam bagi menjauhi perbuatan zina yang merosakkan.

Di samping usaha kesedaran dan pencegahan, Raudhatus Sakinah sebenarnya telah lama terlibat dalam memberikan perlindungan kepada remaja wanita yang terjebak dalam kemelut zina ini. Sejak 1998, Raudhatus Sakinah telah menabur bakti melindungi dan memberikan bimbingan kepada ratusan, jika tidak ribuan anak-anak muda yang telah tersasar. Tempoh setahun remaja-remaja ini di Raudhatus Sakinah menjadi detik terbaik bagi mereka untuk menginsafi keterlanjuran yang telah dilakukan, lantas memperbaiki diri menjadi insan yang lebih dekat dengan Tuhan.

Rakan Muda – Kementerian belia dan sukan : Program Rakan Muda telah dilancarkan pada 29 Oktober 1994 di Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Idea penubuhan ini tercetus daripada Wawasan 2020 dengan pendekatan untuk memperkukuhkan dan memperkayakan sistem serta orientasi nilai dalam masyarakat. Misi teras utama program ini adalah bagi melahirkan potensi tertinggi generasi belia supaya mendokong matlamat pembangunan Negara. Ianya bagi membolehkan golongan muda untuk mencari identiti diri dan generasinya. Program ini dizahirkan melalui Sembilan Gaya Hidup dengan elemen – elemen :

  1. Pembangunan Minda.
  2. Pembangunan Kemahiran
  3. Pembangunan Rohani
  4. Pembangunan Kemasyarakatan
  5. Kecergasan Fizikal

Dengan slogan Rakan Muda- Yakin Boleh!, Sembilan Gaya Hidup yang diperkenalkan kepada remaja adalah :

Rakan Sukan.
Rakan Waja Diri.
Rakan Cinta Alam.
Rakan Seni Budaya.
Rakan Reka Cipta.
Rakan Wirausaha dan Wiramahir.
Rakan Kecergasan.
Rakan Masyarakat.
Rakan Rekreasi.


1 comment:

  1. The Star Gold Coast Hotel & Casino - Mapyro
    The Star 광양 출장샵 Gold Coast Hotel & 안성 출장샵 Casino · Casino on the Gold Coast 성남 출장마사지 (Broadbeach 대전광역 출장샵 Island), near the beach. · Casino at Broadbeach Island, in Broadbeach, 논산 출장안마

    ReplyDelete