Hiburan merupakan persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk
memberi nikmat kepada penonton, contohnya untuk permainan computer, “penonton”
mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara
pasif, umpamanya menonton opera atau secara aktif seperti dalam permainan
computer. Industry yang membekalkan hiburan digelarkan industry hiburan.
Pada umumnya, bermain dan membaca serta penghargaan seni tidak dianggap
sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya
memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan
computer.
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi
sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis
Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada
dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang
dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata,
kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi
ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya
aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada
hari rayanya akan adalah hari raya kita.”
(Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan
jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh
al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa,
menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini
diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji
atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.
No comments:
Post a Comment