Wednesday, 15 February 2017

FAKTOR PEMBENTUKKAN GEJALA SOSIAL


Sikap ibu bapa :

 Sesetengah ibu bapa tidak begitu mengambil berat pertumbuhan anak-anak. Malah ada yang menswastakan tanggungjawab pendidikan anak-anak kepada pihak ketiga seperti orang gaji, nursery, jiran tetangga, kawan-kawan dan sebagainya.

Pendidikan agama yang cetek :

 Faham keagamaan yang cetek turut membantu pertumbuhan gejala sosial. Malang bagi umat Islam jika hanya tahu tentang agamanya secara serpihan sahaja. Terdapat mereka yang faham agama itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadah sembahyang, puasa, tahlil, aqiqah dan beberapa juzuk kecil yang lain sahaja. Mereka tidak mendalami agama mereka sebagai sesuatu yang bertitik tolak dari akidah dan segala penyimpangan dari aspek hidup beragama bernoktahkan dosa dan pahala. Mereka tidak fahami hukum-hukum agama yang akan mempengaruhi sikap mereka dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Peranan rakan sebaya  :

 Elemen ini selalunya berkaitan rapat dengan gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja. Biasanya mereka yang tidak mendapat perhatian dari rumah akan mencari rakan sebaya yang boleh memenuhi ego dan keperluan tersebut. Bagi remaja yang mencari kebahagiaan di luar rumah pada peringkat permulaan mereka sama-sama menghadiri “walkstock‟ kononnya mencari ketenangan dengan iringan muzik. Selepas itu mereka mencuba dadah bagi mengekalkan ketenangan itu. Apabila sudah menjadi semakin gian, mereka tidak lagi dapat mengenal antara baik dan buruk. Apa yang penting pada masa itu ialah bagaimana nafsu mereka perlu dipenuhi.

Pengaruh media massa :

 Media massa tidak dinafikan memainkan peranan penting dalam pembangunan kebendaan dan mental rakyat. Banyak pihak terlupa bahawa dengan adanya media massa yang serba canggih dan berteknologi sebenarnya merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi budaya, nilai, sikap dan kelakuan sesebuah masyarakat. Mereka semakin terdedah kepada dunia yang menjadi makin kecil, terpengaruh kepada media massa melalui paparan adegan vandelisme di dalam majalah, televisyen dan internet.

Kehidupan yang style :

 Setelah masyarakat negara ini banyak terdedah kepada media massa yang menayangkan program tidak sopan, generasi baru negara telah bersedia melalui kehidupan baru yang bergaya dan berteraskan hawa nafsu. Mereka telah bersedia untuk hidup di kelilingi muzik liar, konsert rock dan gaya hidup artis. Mereka telah bersedia meniru artis bersubang satu dalam Akademi Fantasia. Mereka bergelut menguji bakat dalam Malaysia Idol dan lain-lain.



No comments:

Post a Comment